Sunday, February 8, 2009

Konflik Israel-Palestin

Kronologi Utama Konflik Israel-Palestin (2800 SM-2008 TM)

Sebelum Masihi


2800
Firaun menyerang Kanaan. Beribu-ribu orang penduduk Canaan dibawa ke Mesir sebagai hamba.

1850
Kekurangan makanan menyebabkan orang Ibrani meninggalkan tempat tinggal mereka, Ur (di Iraq pd hari ini), dan mereka berhijrah ke Kanaan. Pemimpin mereka Nabi Ibrahim. Orang Ibrani mempunyai satu Tuhan shj. Agama mereka Yahudi.

1400
Aramea dan Philistine b’hijrah ke Canaan. Berbagai-
bagai puak saling berperang selama berkurun- kurun.

1004
Orang Ibrani m’ngukuhkan kuasa politik ke atas sbhgian bsr Canaan dibwh pimpinan raja mereka Nabi Daud dan Nabi Sulaiman. Kerajaan mereka dikenali sbg Israel. Ibu negaranya Jurusalem.

930
Tidak sampai 70 tahun selepas pembentukannya, kerajaan Ibrani dibahagi dua - Judea dan Samaria- yang kemudiannya ditakluki berturut-turut oleh orang Babylon, orang Parsi, orang Yunan dan akhirnya orang Rom.

Tahun Masihi

70
Selepas pemberontakan orang Yahudi di wilayah Palestin yang dikuasai oleh orang Rom, orang Rom memusnahkan Jurusalemdan melarang orang Yahudi daripada memasuki kota itu.

1099- 1187
Pejuang perang Salib Kristian Eropah menduduki Palestin tetapi 88 tahun kemudiannya mereka diusir oleh orang Arab di bawah kepimpinan ketua mereka, Salah al Din al-Ayubi.

Abad ke-19
Orang Yahudi ditindas di Eropah. Apabila kolonialisme Eropah menakluki hampir seluruh dunia, lahirlah Zionisme, sebuah gerakan politik yang mendakwa menurut kitab Bible semua orang Yahudi mempunyai hak “ekslusif” ke atas Palestin.

1914- 1916
Perang Dunia Pertama meletus. Orang Turki bimbang dengan pengaruh British dan Perancis yang semakin kuat di Timur Tengah, lantas mereka bersekutu dengan Jerman. Zionis bekerjasama dgn Britain dan menyarankan Britain menyokong penghijrahan org Yahudi ke Palestin.

1917
Pengisytiharan Balfour, 2 November; Setiausaha Luar Negara Britain, Lord Balfour, mengumumkan sokongan kerajaan Britain kepada pembentukan penempatan orang Yahudi di Palestin.

1920- 1939
Liga bangsa dibentuk. Dengan persetujuan Britain, Zionis memulakn penghijrahan org Yahudi Eropah sec. besar-besaran ke Palestin. Antara tahun 1919 dan 1936, penduduk Yahudi di Palestin bertambah drpd 58 ribu orang kepada 348 ribu orang. Dalam tempoh yang sama, penduduk Arab di Palestin menokok drpd 642 ribu kepada 978 ribu org. Zionis menubuhkan Dana Kebangsaan Yahudi untuk membeli tanah di Palestin tetapi mereka dpt memperluaskan bhgian tanah mereka sebanyak 5.6 peratus shj.

1939-1945
Di Eropah Hitler memulakan penghapusan orang Yahudi. Sblm jerman tewas, berjuta-juta org Yahudi tlh dibunuh. Lebih drpd 200 ribu org Yahudi dpt b’hijrah ke Palestin di bwh program Zionis. P’tubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ditubuhkan.

1946
Pertempuran ganas antara Zionis dengan rakyat Palestin Britain tidak lagi dapat mengawal keadaan dan membiarkan PBB memikul tanggungjawab ke atas isu Palestin.

1948
Askar British meninggalkan Palestin. Zionis mengisytiharkan Negara Israel utk Yahudi.

1949
Israel
diterima sbg Negara anggota PBB.

1956
Sekumpulan penuntut Palestin-salah seorang drpd mereka Yassir Arafat- memutuskan utk menubuhkan gerakan penentang Palestin yang dikenali sbg Al- Fatah.

1967
Perang Jun: Angkatan tentera Arab ditumpaskan. Dalam tempoh 6 hari shj Israel menambah wilayahnya sbyk 3 kali ganda dgn menduduki Semenanjung Sinai kepada Mesir, Bukit Jowlan di Syria, Tebing Barat dan Gaza. Kini seluruh Palestin diduduki.

1974
Pengerusi PLO, Yassir Arafat, menyampaikan ucapan di Perhimpunan Agung PBB. Sebahagian besar Negara di dunia- 105 buah Negara- mengiktiraf PLO sbg satu-satunya wakil sah rakyat Palestin.

1979
Perjanjian Damai yg akhir ditandatangani antara Israel dgn Mesir. Israel dikehendaki mengembalikan Sinai kpd Mesir; pemindahan selesai 1982. sementara Mesir dan Israel mengebom kem pelarian Palestin di Lubnan. Mesir dipecat dr liga Arab.

1982
15-17 September. Pembunuhan beramai-ramai di Sabra dan Shatila,
oleh anggota militia Kataib yang diketuai Elias Hobeika dan dibwh perlindungan tentera Israel.

1987
Penyatuan semula PLO semasa mesyuarat Majlis Kebangsaan Palestin di
Algiers.

1988
Januari: Amal menarik balik pengepungan Shatila dan Bourj al-Barajneh.

2004
20 Mac, Pemimpin Hamas (Harakat al-Maqawama al-Islamiyya) SyeikhAhmad Yassin terbunuh akibat serangan peluru berpandu yg dilancarkan dari bumi Israel. Beliau dibom setelah keluar dari masjid selepas selesai solat Subuh.
17 April, pemimpin Hamas, Dr. Abdul Azizi Rantisi akhirnya syahid, setelah dibedil dgn helicopter oleh tentera Israel.
11 November, Mohammad Yasir Abdul Ra’ouf Qudwa Al Hussseini (Yasser Arafat) meninggal dunia. Beliau menerima lawatan selama 2 minggu di Hospital Perancis akibat masalah dalam darah.

2006
K
ekalahan Fatah pimpinan Mahmood Abbas dalam pilihan raya pertama
Januari 2006,menyaksikan Hamas berkuasa di bumi Palestin.

2007
November, Mahmood Abbas menandatangani perjanjian damai antara
Ehwal Olmert dan George W. Bush; dikenali dengan nama siding damai Annapolis.
Jun, Mahmood Abbas keluar dari kerajaan pakatan dengan Hamas.

2008
Januari, Dunia dikejutkan dengan peristiwa Hamas meletupkan tembok batu
pemisah berdekatan dengan Rafah bagi mengelakkan krisis makanan di Gaza.
28 Disember, Israel membedil Gaza. Lebih daripada 1000 org terbunuh,
manakala 500 orang tercedera.

Sumber : Dewan Masyarakat Feb 2009


2 comments:

  1. 1 informasi yang bagus. nak letak gamba ita sebelah olmert boleh? sambil pegang senapang. boleh ek?boleh ek?boleh ek?boleh ek?boleh ek?

    ReplyDelete
  2. thanks 4 comments...tp kalo ko letk gmbr,siap ko...huhu

    ReplyDelete