Sunday, January 25, 2009

Kenapa pokok kelapa....

sedap..buah kelapa
KENAPA KELAPA MUDA?.. Pokok kelapa banyak gunanya. Daripada pucuk hingga akarnya. Tiada satu tanpa guna. Enak pula rasanya. Tinggi nilainya. Airnya digemari semua. Ringkasnya, ia pokok serbaguna. Begitu juga kita, dijadikan Allah swt dengan bakat dan rupa. Nilainya tidak terkata. Manusia, tanpa mengira miskin atau kaya, lembam atau cerdik akalnya, semuanya sama. Semuanya bergantung kepada kita untuk memenfaatnya. Tepuk dada, iman pengantaranya.....
KHASIAT KELAPA MUDA...sekadar beberapa khasiat,..

Pohon kelapa ialah pohon serba guna. Buahnya, airnya, serta daunnya turut digunakan sebagai kulit ketupat, bahkan orang kampung biasa menggunakan batang pohon kelapa sebagai titi. Bukan itu saja, selain buah dan airnya, tempurungnya diguna sebagai arang pembakar. Bahkan minyak goreng yang biasa digunakan untuk memasak terbuat dari sari buah kelapa.Ada banyak manfaat dari kelapa, dipercaya khasiatnya dapat membantu mengubati berbagai macam penyakit. Air kelapa muda baik diguna oleh ibu hamil. Air kelapa juga selain untuk pengubatan, ternyata juga berkhasiat untuk kesihatan.Berikut berbagai penyakit yang dapat diubati dengan air kelapa :
1. Gatal-gatal. Rendam satu genggam beras dalam air kelapa muda yang masih berada dalam tempurung selama 5-7 jam hingga beras terasa asam. Lalu giling beras itu hingga halus (menjadi tepung). Kemudian sapukan bahan tersebut pada bahagian tubuh yang gatal, luka, atau telapak kaki pecah. Lakukan setiap hari selama 3-4hari.
2. Luka Melecur. Campurkan sejemput serbuk kunyit dan air kapur sirih dengan air kelapa. Sapukan bahan tersebut pada bahagian yang terkena luka melecur.
3. Demam berdarah. Minum air kelapa mudah hijau yang dicampur dengan air limau nipis secara teratur.
4. Kelelahan, letih, lesu. Minum air kelapa muda hijau yang dicampur sedikit gula, tambahkan air batu jika perlu.
dipetik dari blog seberang......

كن فيكون

tanah runtuh


gambar hiasan


gambar hiasan



TRAGEDI TANAH RUNTUH BUKIT ANTARABANGSA
6 DISEMBER 2008






Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.
Al-Qasas :77

Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.
Al-Baqarah : 74

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut
dengan sebab apa yang telah dilakukanoleh tangan-tangan manusia;(timbullah yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf & bertaubat)
Ar-Rum : 41























































Saturday, January 24, 2009

Salam untuk semua.......
Ingatkah lagi kita pada peristiwa yang terjadi pada 6 Dis 2008 di negara kita ini..peristiwa yang mengejutkan ramai pihak. peristiwa apa lagi kalo bukan TRAGEDI TANAH RUNTUH BUKIT ANTARABANGSA. Di mana pun kita tinggal, kita terdedah kpd bencana alam. Tinggal berdekatan dgn laut terdedah kepada hakisan pantai. Tinggal di tanah daratan terdedah kpd banjir. Tinggal di kawasan tinggi terdedah kpd tanah runtuh.
Tapi bencana alam tidak selalu berlaku. Ia hanya berlaku di kala2 tertentu, di tempat tertentu & kpd org2 tertentu. Ia akan menimpa terutama kpd org2 yg lalai.
Inilah dia tanda2 kehidupan manusia kat dunia ini dipantau oleh Yang Maha Berkuasa (bukan pihak berkuasa!) Iaitu yg memberikan kehidupan & menurunkan rezeki kpd sekalian makhluk-Nya. Semoga apa yang terjadi menjadi satu titik permulaan untuk kita menginsafi diri bahawa kita hanyalaah makhluk yang lemah&kerdil..Tiada siapa yang mampu melawan kuasa Allah..Allah itu Maha Berkuasa Ke Atas Sesuatu........
Maka carilah rezeki drp sumber yg halal. Jgn la hidup terlalu menurutkan hawa nafsu & melampaui batas. Ingatlah selalu bahawa kejayaan & kekayaan yg kita miliki bukan tanda kita hebat. Tapi dgn izin Allah semata2.
Tingkah laku, moral & akhlak diri hendaklah dijaga selalu. Hidup jgn terlalu pentingkan diri sendiri sehingga mencemar & merosak alam sekitar.