Monday, February 9, 2009

PadaMu aku Memohon

Berdoalah untuk kesejahteraan saudara-saudara kita

Untuk dapatkan gambar-gambar menarik, sila klik di sini




MUSIM SEJUK MELANDA USIM????

Assalamualaikum,

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kpd semua pengunjung yg sudi mengunjungi blog saya…hari ni saya ada sebuah cerita yg ingin dikongsi bersama,cerita yg agak pelik jg,tp mungkin bg sesetengah orang cerita ini mungkin tak berapa pelik,tp tu sume terpulang kpd penilaian masing-masing,bak kata pepatah, tepuk dada tanya selera,hehe..haa ceritanya mcm ni, walaupun USIM terletak di garisan khatulistiwa, namun USIM kini seakan-akan berada di musim sejuk, kenapa?apa yang peliknya? Jika dikaji, cuaca skrg mmg panas, tapi sesetengah daripada mahasiswa Usim kelihatan seolah-olah kelihatan sejuk. Buktiya apabila kebanyakan daripada mereka memakai sweater ketika waktu panas tak kira ke mana sahaja mereka pergi, ke library, ke cafĂ©, ke klas or ke mana shj. Ble ditanya adakah mereka sejuk,mereka menafikan,tapi masih memakai sweater. Pelik kan? Dulu, semasa keluarga saya or sape2 yg dtg ke sini, mereka pasti bertanya mengenai hal ini. Mereka pun seolah-olah pelik. Tapi mungkin perkara ini dah menjadi trend di kalangan mahasiswa di sini…tp adakah ianya sesuai dipakai pd waktu2 panas?adakah panas itu merupakan satu kesejukan buat warga Usim? He2,fikir-fikirkanlah…

Sunday, February 8, 2009

Konflik Israel-Palestin

Kronologi Utama Konflik Israel-Palestin (2800 SM-2008 TM)

Sebelum Masihi


2800
Firaun menyerang Kanaan. Beribu-ribu orang penduduk Canaan dibawa ke Mesir sebagai hamba.

1850
Kekurangan makanan menyebabkan orang Ibrani meninggalkan tempat tinggal mereka, Ur (di Iraq pd hari ini), dan mereka berhijrah ke Kanaan. Pemimpin mereka Nabi Ibrahim. Orang Ibrani mempunyai satu Tuhan shj. Agama mereka Yahudi.

1400
Aramea dan Philistine b’hijrah ke Canaan. Berbagai-
bagai puak saling berperang selama berkurun- kurun.

1004
Orang Ibrani m’ngukuhkan kuasa politik ke atas sbhgian bsr Canaan dibwh pimpinan raja mereka Nabi Daud dan Nabi Sulaiman. Kerajaan mereka dikenali sbg Israel. Ibu negaranya Jurusalem.

930
Tidak sampai 70 tahun selepas pembentukannya, kerajaan Ibrani dibahagi dua - Judea dan Samaria- yang kemudiannya ditakluki berturut-turut oleh orang Babylon, orang Parsi, orang Yunan dan akhirnya orang Rom.

Tahun Masihi

70
Selepas pemberontakan orang Yahudi di wilayah Palestin yang dikuasai oleh orang Rom, orang Rom memusnahkan Jurusalemdan melarang orang Yahudi daripada memasuki kota itu.

1099- 1187
Pejuang perang Salib Kristian Eropah menduduki Palestin tetapi 88 tahun kemudiannya mereka diusir oleh orang Arab di bawah kepimpinan ketua mereka, Salah al Din al-Ayubi.

Abad ke-19
Orang Yahudi ditindas di Eropah. Apabila kolonialisme Eropah menakluki hampir seluruh dunia, lahirlah Zionisme, sebuah gerakan politik yang mendakwa menurut kitab Bible semua orang Yahudi mempunyai hak “ekslusif” ke atas Palestin.

1914- 1916
Perang Dunia Pertama meletus. Orang Turki bimbang dengan pengaruh British dan Perancis yang semakin kuat di Timur Tengah, lantas mereka bersekutu dengan Jerman. Zionis bekerjasama dgn Britain dan menyarankan Britain menyokong penghijrahan org Yahudi ke Palestin.

1917
Pengisytiharan Balfour, 2 November; Setiausaha Luar Negara Britain, Lord Balfour, mengumumkan sokongan kerajaan Britain kepada pembentukan penempatan orang Yahudi di Palestin.

1920- 1939
Liga bangsa dibentuk. Dengan persetujuan Britain, Zionis memulakn penghijrahan org Yahudi Eropah sec. besar-besaran ke Palestin. Antara tahun 1919 dan 1936, penduduk Yahudi di Palestin bertambah drpd 58 ribu orang kepada 348 ribu orang. Dalam tempoh yang sama, penduduk Arab di Palestin menokok drpd 642 ribu kepada 978 ribu org. Zionis menubuhkan Dana Kebangsaan Yahudi untuk membeli tanah di Palestin tetapi mereka dpt memperluaskan bhgian tanah mereka sebanyak 5.6 peratus shj.

1939-1945
Di Eropah Hitler memulakan penghapusan orang Yahudi. Sblm jerman tewas, berjuta-juta org Yahudi tlh dibunuh. Lebih drpd 200 ribu org Yahudi dpt b’hijrah ke Palestin di bwh program Zionis. P’tubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ditubuhkan.

1946
Pertempuran ganas antara Zionis dengan rakyat Palestin Britain tidak lagi dapat mengawal keadaan dan membiarkan PBB memikul tanggungjawab ke atas isu Palestin.

1948
Askar British meninggalkan Palestin. Zionis mengisytiharkan Negara Israel utk Yahudi.

1949
Israel
diterima sbg Negara anggota PBB.

1956
Sekumpulan penuntut Palestin-salah seorang drpd mereka Yassir Arafat- memutuskan utk menubuhkan gerakan penentang Palestin yang dikenali sbg Al- Fatah.

1967
Perang Jun: Angkatan tentera Arab ditumpaskan. Dalam tempoh 6 hari shj Israel menambah wilayahnya sbyk 3 kali ganda dgn menduduki Semenanjung Sinai kepada Mesir, Bukit Jowlan di Syria, Tebing Barat dan Gaza. Kini seluruh Palestin diduduki.

1974
Pengerusi PLO, Yassir Arafat, menyampaikan ucapan di Perhimpunan Agung PBB. Sebahagian besar Negara di dunia- 105 buah Negara- mengiktiraf PLO sbg satu-satunya wakil sah rakyat Palestin.

1979
Perjanjian Damai yg akhir ditandatangani antara Israel dgn Mesir. Israel dikehendaki mengembalikan Sinai kpd Mesir; pemindahan selesai 1982. sementara Mesir dan Israel mengebom kem pelarian Palestin di Lubnan. Mesir dipecat dr liga Arab.

1982
15-17 September. Pembunuhan beramai-ramai di Sabra dan Shatila,
oleh anggota militia Kataib yang diketuai Elias Hobeika dan dibwh perlindungan tentera Israel.

1987
Penyatuan semula PLO semasa mesyuarat Majlis Kebangsaan Palestin di
Algiers.

1988
Januari: Amal menarik balik pengepungan Shatila dan Bourj al-Barajneh.

2004
20 Mac, Pemimpin Hamas (Harakat al-Maqawama al-Islamiyya) SyeikhAhmad Yassin terbunuh akibat serangan peluru berpandu yg dilancarkan dari bumi Israel. Beliau dibom setelah keluar dari masjid selepas selesai solat Subuh.
17 April, pemimpin Hamas, Dr. Abdul Azizi Rantisi akhirnya syahid, setelah dibedil dgn helicopter oleh tentera Israel.
11 November, Mohammad Yasir Abdul Ra’ouf Qudwa Al Hussseini (Yasser Arafat) meninggal dunia. Beliau menerima lawatan selama 2 minggu di Hospital Perancis akibat masalah dalam darah.

2006
K
ekalahan Fatah pimpinan Mahmood Abbas dalam pilihan raya pertama
Januari 2006,menyaksikan Hamas berkuasa di bumi Palestin.

2007
November, Mahmood Abbas menandatangani perjanjian damai antara
Ehwal Olmert dan George W. Bush; dikenali dengan nama siding damai Annapolis.
Jun, Mahmood Abbas keluar dari kerajaan pakatan dengan Hamas.

2008
Januari, Dunia dikejutkan dengan peristiwa Hamas meletupkan tembok batu
pemisah berdekatan dengan Rafah bagi mengelakkan krisis makanan di Gaza.
28 Disember, Israel membedil Gaza. Lebih daripada 1000 org terbunuh,
manakala 500 orang tercedera.

Sumber : Dewan Masyarakat Feb 2009


Rejim Israel Biadab

Semalam aku ada terbaca artikel pasal konflik Israel-Palestin, aku sebenarnya tak tahu sangat apa punca utama konflik ni berlaku. Yang aku tau orang Yahudi ni memang sangat memusuhi umat Islam, sebab tulah diorang nak hapuskan mereka. Padahal sebelum ni nasib orang Yahudi ternyata begitu buruk dan mereka bertebaran ke mana-mana sahaja wilayah yang boleh mereka diami dan terokai. Sehinggalah pada zaman Khalifah Usman, orang Yahudi dibenarkan mendapat perlindungan dengan membayar cukai. Mereka dibenarkan mencari rezeki dan hidup seperti kaum lain dan diberi layanan yang sama dengan orang Islam.

Tradisi mulia ini sebenarnya dimulai oleh Rasulullah SAW. Ketika baginda membentuk Negara Islam Madinah, orang Yahudi tidak pernah disisihkan, malah mendapat hak dan layanan yang sama seperti rakyat Negara yang berdaulat. Kaum Yahudi ni MMG X MENGENANG BUDI, SETELAH DIBERI LAYANAN YANG BAIK, MRK MASIH MAHU MENGHAPUSKAN ORG ISLAM..KEJAM SUNGGUH…HU2..
Sama-samalah kita berdoa utk saudara-saudara Islam kita di sana.


semangat kanak-kank kecil ini memperjuangkan keamanan

Ya Allah,
Jika Kau ingin kan,
pasti dpt Kau telengkupkan bumi Israel,
pasti dpt Kau hapuskan Yahudi.
Kerana Engkau Tuhan Maha Perkasa,
segala sesuatu sujud pada-Mu.

Namun mari direnung bersama saudara ku seIslam,
adakalanya kejadian seperti ini tetap berlaku,
adalah kerana Allah itu menegur kita!
apa tidak malu kita?
Allah itu menegur kita.

Saudara kita bermati-matian,
sedang kita di sini memboikot pun di pandang dgn remeh!
ingatlah anak2 kecil yang kelaparan di Palestin, yang menangis meraung kehilangan ibu yang selalu menyuap
kita pula di sini dgn lahapnya menyuap makanan yang berakar umbi di amerika
Laknatullah Amerika!

Ingatlah Sabda Rasulullah kepada Khabab...
"Wahai Khabab, pejuang sebelum kita iaitu para nabi, ada yang ditanam di dalam lubang dan digergaji dari atas kepalanya sehingga terbelah dua badannya. Ada yang disikat dagingnya dengan penyikat besi. Namun semua itu tidak menyebabkan dia berganjak sedikit pun daripada agamanya dan daripada keyakinannya. Wahai Khabab, Demi Allah, Allah akan memenangkan agama ini Sehingga nanti seorang boleh menunggang kenderaan seorang diri berjalan dari Sanna' sampai Hadramaut. Tidak ada yang dia takut melainkan Allah, aman perjalanannya, tetapi kamu semua mahukan kemenangan yang segera"

Doakan saudara kita di Palestin yang berjihad itu jika menemui ajalnya dia dalam keadaan Syahid. Bi idznillah! Allahuakbar!


Saturday, February 7, 2009

Fakta yg kdg2 kte xtau...

Pada kwn2 yg tengah tensen skang ni, apa kata kwn2 bc artikel kt bwh...pasti kawan2 sume akan terhibur...he2....

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?

Thursday, February 5, 2009

Oh Ibu..........

Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur kita pun akan meningkat bersama pengedaran masa. Kita semua dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang bernama ibu. Begitu besar peranan dan jasa insan yang bernama ibu ini. Oleh itu renungkanlah sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu ini. Sekurang-kurangnya peluk dan ciumlah ibu masing-masing yang dapat berjumpa atau sekurang-kurangnya telefon ibu bagi mereka yang duduk berjauhan.

Orang kata aku lahir dari perut ibu..

Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu

Bila nak exam, orang paling sibuk juga.. Ibu

Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renung2kanlah:

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”.

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi kini Ibu sudah tiada...


Ingatlah pengorbanan ibu….Hargailah mereka selagi mereka masih ada...



Tuesday, February 3, 2009

TENSIONYE..................

Lamanye x update blog ni,maklumlah buzy sgt,lagipn xtau apa nak tulis...cuti baru ni asyik duk rilex je,so nilah akibatnye,keje berlambak-lambak,huhu...td dah dpt asignmnt baru lg,asignmnt lama pn xsiap lg,deadline lak makin dah nk dekat, aarrrrghhh,tensionnye.....tapi xpe,sabar2,aku yg cari masalah,so pandai-pandailah selesaikan....